1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan
butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti
membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula
hangus untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang
sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air
dan kacau hingga cair.
2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana
butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama
mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk
membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya
lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama
mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan
100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia
jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam
pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut
supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat
aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang
lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini
selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah
dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk
membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan
lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti
kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya
berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi
membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan
memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap
dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
7. Sirap emas (golden syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak
sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari
pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut,
kek atau pencuci mulut.
8. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap
seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan
pencuci mulut ala barat.
9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan
tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat
sendiri sirap gula.
bahasanya buk... susah....
BalasHapus